Damai Yang Hilang
Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah
Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa
Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya
Tergaadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan
Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan
Dengarlah lagu ni, bukan mahu kamu bersedih, tetapi mahu kamu insaf, bantuilah saudaramu, bertindak dengan perbuatan, jika tiada kemampuan maka bertindaklah dengan lisan, sekira kamu tidak mampu bertindak dengan lisan, maka bertindaklah kamu dengan hati.
sesungguhnya hati ialah selemah-lemah iman.....
fikir-fikirkanlah